Karnival Kesenian Islam (KKI)

27/08/2009 10:32


Assalamualaikum wbt.
Bagi memeriahkan lagi sambutan Ramadhan pada kali ini, PPMK dan KUK akan mengadakan sambutan Karnival Kesenian Islam yang julung-julung kali diadakan. Butir-butir program adalah seperti berikut :
Tarikh : 12 September 2009
Tempat : Dongyang Technical College
2) Atas permintaan, Bazar Ramadhan juga akan dibuka bagi menyediakan ruang untuk kita bersama-sama merasai suasana berpuasa di Malaysia. Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membuka gerai jualan Bazar Ramadhan, sila hantarkan permohonan anda secepat mungkin.
3) Bagi memeriahkan lagi majlis pada hari itu, beberapa pertandingan akan diadakan seperti pertandingan Tilawah Al-Quran, Hafazan dan juga Azan. Bengkel Khat juga akan dibuka bagi memberi ruang kepada anda untuk menunjukkan bakat masing-masing ^^
(a) Tilawah Al-Quran
- Terbuka kepada semua, lelaki dan perempuan.
- Peserta pertandingan dikehendaki memperdengarkan bacaan masing-masing dalam masa lebih kurang 10 minit.
- Surah yang akan dibaca akan diberikan sebelum pertandingan lagi kepada setiap peserta supaya mereka dapat bersedia dengan bacaan tersebut.
- Bacaan setiap peserta akan diadili oleh juri yang bakal dilantik.
- Jika anda berminat, sila hantar nama secepat mungkin.

(b) Hafazan Al-Quran
- Terbuka kepada semua, lelaki dan perempuan.
- Surah hafazan yang akan dipertandingkan ialah surah Al-Mulk dan surah Al-Jumaah sahaja.
- Juri hanya akan meminta peserta membaca ayat-ayat dari 2 surah tersebut sahaja.
- Peserta pertandingan dikehendaki memperdengarkan bacaan hafazan masing-masing dalam masa lebih kurang 10 minit.
- Jika anda berminat, sila hantar nama secepat mungkin.

(c) Azan
- Terbuka kepada lelaki sahaja.
- Peserta akan diminta memperdengarkan alunan azan masing-masing.
- Peserta akan diadili oleh juri yang akan dilantik.

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut, sila reply email ini beserta nama dan pertandingan yang ingin disertai.
Butir selanjutnya akan dihantar melalui email kemudian. Kami berharap semua dapat menyumbangkan tenaga dan memberikan sokongan untuk memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut !

Sekian terima kasih.