Assalamualaikum...
Salam bahagia dari KUK kepada semua ahli-ahli tersayang
Apakah aktviti anda semua sepanjang cuti ini...mengadap komputer 24jam..berniaga di Facebook atau mungkin bercucuk tanam..?? bermain PES, DOTA, KART RIDER(kuno), LINEAGE atau games sensasi masa kini..?? tonton drama sehingga bertukar menjadi mata panda..??
Kami dari KUK mempunyai pelan yang lebih bombastik untuk anda iaitu aktivti yang diberi nama " SEDIINGIN TITISAN JERAM, SEHANGAT DARAH PEJUANG ". Kita semua akan meluangkan masa bersama bermandi manda,menyejukkan badan di kala summer, bermain air dan membina istana batu... dan terdapat juga slot mengingati pejuang tanahair sempana bulan merdeka
Berikut adalah butiran lanjut:-
* Tempat : Jeram Myongji
* Tarikh : 1~2 Ogos 2009
* Pengangkutan : Bas disediakan
* Penginapan : ??
* Makanan terhidang : 1 Ogos - makan tengahari & BBQ malam
2 Ogos - sarapan pagi
* Bayaran : 30,000won sahaja (*tertakluk kepada perubahan,mungkin murah lagi)
* Terhad kepada 40orang sahaja
Kepada sesiapa yang berminat sila hantarkan nama dan dari batch ke berapa kepada emel ini atau kepada Facebook KUK secepat mungkin. Rebutlah peluang keemasan ini. Pat pat siku tiga segi, siapa cepat dia pergi...
Yang terbaik hanya dari KUK..
MARTABAT - BANGSA - GEMILANG