Assalamualaikum dan salam muhibbah diucapkan kepada ahli-ahli KUK sekalian,
Dewasa ini kita dikejutkan dengan berita penularan wabak selsema babi di seluruh dunia. Oleh itu, KUK ingin meningatkan semua supaya sentiasalah menjaga kesihatan diri dan amalkan cara hidup yang sihat dan cergas.
Untuk pengetahuan anda semua, Dongyang Technical College akan menganjurkan 'College Festival' yang akan berlansung selama 3 hari bermula 27,28 dan 29 Mei 2009. Bersempena dengan itu, KUK bersama-sama dengan pelajar-pelajar DYTC akan membuka booth Malaysia pada 27 Mei bermula dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang. Oleh yang demikian, kami daripada pihak KUK ingin membuka peluang kepada ahli-ahli yang berminat untuk membuat jualan juadah makanan bertemakan 'Malaysian Foods' pada hari tersebut. Kami mengalu-alukan penyertaan ahli-ahli sekalian untuk tampil bersama memperkenalkan makanan Malaysia kepada pelajar-pelajar Korea. Kepada mereka yang berminat bolehlah menyertakan nama,batch serta maklumat berikut:
(a) Menu
(b) Harga
Segala modal dan keuntungan adalah di bawah tanggungan masing-masing. Pihak kami hanya menyediakan tempat dan akan membantu segala apa yang termampu. Anda juga turut diminta menghantar wakil bagi melakukan proses penjualan.
Kepada ahli-ahli lain yang tidak berminat untuk menjual juadah pada hari tersebut, anda boleh turut serta bersama kami mempromosikan Malaysia pada hari dan waktu yang dinyatakan. Hanya hadirkan diri anda sahaja dan tidak perlu menghantar email atau surat rasmi kepada pihak kami. Kudrat tenaga dan senyuman manis anda amat kami perlukan pada hari tersebut.
Masih tidak berminat dengan dua tawaran yang dinyatakan di atas??? Jangan risau...anda masih mempunyai pilihan terakhir iaitu dengan memberikan sokongan kepada kumpulan penari yang terdiri daripada pelajar tahun akhir DYTC dengan tema 'Citrawarna Malaysia' yang akan mempersembahkan budaya kesenian negara kita buat julung-julung kalinya. Persembahan akan bermula pada pukul 6.20 petang dan akan dipersembahkan di pentas besar di mana artis-artis ternama Korea seperti ??? serta ?? turut sama melakukan persembahan..
Kerjasama daripada anda semua amatlah kami harapkan. Bak kata pepatah moden "Sebatang lidi satay mungkin mudah untuk dipatahkan tetapi 50 cucuk lidi satay yang setiap satunya berharga beberapa sen siapa yang hendak patahkan? ".