WANGIAN 1MILLION REALISASI MINAT RABANNE
Empat puluh tahun lalu, Paco Rabanne, pereka fesyen dan peminat logam terutama emas telah mencipta pakaian yang diperbuat dengan sembilan kilogram emas dan 300 karat berlian. Pakaian yang dipakai oleh penyanyi terkenal, Francoise Hardy itu merupakan permulaan kepada koleksi emas pereka fesyen termasyhur ini.
Bagi Rabbane, emas adalah simbol kuasa, diraja, kelelakian dan ketegasan perekanya. Justeru itu, terbaru, muncul satu pewangi untuk lelaki yang dinamakan 1 Million bagi merealisasikan keinginannya dalam memperbanyakkan koleksi emasnya di pasaran.
Walaupun beliau terkenal dalam dunia fesyen, namun dalam melengkapkan fesyen secara keseluruhan, maka beliau menceburi dalam pembuatan minyak wangi dan beliau adalah pereka pertama menerima cabaran untuk menembusi pasaran pewangi dunia.
Sehubungan itu, iaitu tiga tahun selepas membuka butik fesyen Rabbane, beliau melancarkan dua pewangi untuk wanita iaitu Calandre dan Metal.
Dengan mencipta 1 Million, Rabbane mempersembahkan dengan gaya yang begitu eksklusif iaitu berbentuk jongkong emas, mempamerkan taksubnya terhadap emas.
Botol dengan warna emas berkilauan, menepati keinginannya sebagai pengeluar minyak wangi yang unggul lagi berprestij.
Walaupun bagi Rabbane, botol itu nampak ringkas namun pada prinsipnya keringkasan itu adalah hasil daripada idea yang bernas.
1 Million pasti memberi pemakainya satu kepuasan terhadap harumannya yang menyegarkan di samping mencerminkan kelelakian, berkeyakinan, maskulin, berkeinginan, kepuasan dan menggembirakan.
Diperbuat daripada campuran buah blood mandarin, daun pudina, esen rose, amber, blond leather dan kulit kayu manis.
Ia boleh diperoleh dalam botol 50ml pada harga RM186 dan 100ml (RM249).